Sila klik pada link di sebelah kanan di atas untuk kembali ke Laman Utama
Berikut adalah tips Penyediaan 1 yang disyorkan untuk memaksimakan keenakan memakan kerepek.
Ambil satu bekas yang sederhana besar, kalau boleh bekas tuppaware yang kedap udara dimana saiznya lebih kurang 1 liter. Masukkan Kerepek Sayur dahulu kedalam bekas serta diikuti dengan Maruku Kecil dan akhirnya tuangkan sepenuhnya Kerepek Jalur kedalam bekas tuppaware tersebut.
Bekas tadi diterbalik-balikkan beberapa kali dari atas ke bawah. Maruku kecil tadi akan mudah bercampur dengan Kerepek Sayur yang berada di lapisan bawah manakala dengan lapisan atas akan bercampur kira-kira suku ramuan.
Jika tersalah ramuan dengan Maruku Kecil dimasukkan dahulu manakala Kerepek Sayur dimasukkan di akhir ramuan, percampuran tadi hampir tidak akan bergaul kerana tiada ruang untuk maruku kecil bergaul dengan kerepek yang lain.
Apabila kerepek itu telak bercampur pihak puan/tuan bolehlah menikmati tiga rasa percampuran kerepek dimana Kerepek Sayur akan memberikan rasa yang lemak, manakala Maruku Kecil akan memberikan sedikit rasa pedas dan Kerepek Jalur akan memberikan sedikit rasa manis.
Selamat mencuba.